Wednesday, January 19, 2011

Makluman untuk Pensyarah & Pelajar

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Proses pendaftaran kursus berserta gugur tambah kursus akan berakhir pada 28 Januari 2011.  Selepas itu, diikuti  proses bagi pelajar2 melakukan validasi kursus terdaftar yang akan berakhir pada 8 Februari 2011.

Sukacita dipohon kerjasama tuan/puan untuk mewar warkan kepada pelajar2 tuan/puan untuk menyelesaikan urusan berkaitan pendaftaran kursus dalam tempoh yang ditetapkan.

Berikutan itu, disarankan tuan/puan (pensyarah) untuk melakukan perkara2 berikut :

(1) mencetak senarai nama kelas daripada iSIS bagi mengetahui senarai pelajar terkini yang berdaftar di bawah kelas tuan/puan

2.Sekiranya nama seseorang pelajar tidak terdaftar di dalam senarai kelas:
i)Maklumkan pelajar tersebut dengan segera bahawa pendaftaran kursusnya masih belum lengkap. Sila rujuk PA masing2 atau HEA
ii)Jangan benarkan masuk kelas selagi belum mendaftar dengan sempurna.
iii)Jangan benarkan menduduki apa saja jenis penilaian yang menyumbangkan markah kepada gred akhir.

(2)  meminta pelajar2 melakukan validasi kursus dengan menyemak kursus2 yang didaftarkan beserta kumpulan kuliah ada di dalam senarai sah kursus

Bagi mengelakkan pelajar2 di Gugur Taraf(GT), Apa yang tuan/puan boleh lakukan adalah :

(1)  memastikan pelajar-pelajar di dalam kelas tuan/puan untuk mereka melakukan kedua-dua perkara berikut :
    (a) pendaftaran kursus, dan
(b) membayar yuran pengajian sebelum/pada 4 Februari 2011 -  minta pelajar semak status bayaran, khususnya pelajar yg mendapat tajaan/PTPTN dll

(2)  Penasihat Akademik : menghubungi dan mengingatkan pelajar2 di bawah seliaan tuan/puan terhadap perkara (1)

(3) Penyelia/Pensyarah Menyelia Latihan Praktik  :  mengingatkan dan memastikan pelajar yang menjalani LP melakukan perkara(1).

Mereka mesti melakukan perkara (1) kerana secara automatiknya pada 9 Februari 2011, mereka akan digugur taraf.

Tuan/Puan juga boleh menasihati pelajar2 sekiranya pelajar-pelajar tersebut:

Tidak mampu membayar yuran atau masalah kewangan :
    (a)  Pelajar membuat permohonan secara bertulis kepada Pengarah Kampus/TPK HEA untuk membayar yuran lambat.
    (b)  Meminta pelajar ke Pejabat HEP untuk mendapatkan bantuan kewangan seperti - Tabung Kebajikan Pelajar, Zakat dll

Mempunyai lain2 masalah termasuk juga masalah kewangan -  membuat permohonan secara bertulis bagi memohon cuti khas pada semester ini.

Sekian, harap maklum.

No comments:

Post a Comment