Wednesday, March 30, 2011

Important Dates for CHE364

Assalamualaikum wbt,

Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi penyediaan laporan projek CHE364;

1st draft submission to supervisor: 5 April 2011

1st draft submission to second checker : 12 April 2011

Final presentation: 19 April 2011

Final draft submission to supervisor and second checker: 26 April 2011
(For evaluation-marks given)

Marks complilation: 30 April 2011
Hard cover submission


Berikut adalah maklumat mengenai pembentangan projek sem akhir:

Senarai nama

Pengumuman penting!!!

Status Option A dan Option B Pelajar Fakulti

Bagi pelajar-pelajar Option B, mereka dikehendaki memperolehi pengalaman bekerja di industri yang berkaitan sekurang-kurangnya setahun sebelum memohon mengikuti program Ijazah Sarjana Muda. Ketua-ketua bagi setiap program akan mendapatkan senarai pelajar option B setiap semester daripada cawangan untuk memastikan tiada yang termasuk dalam senarai yang ditawarkan.

Pelajar Penerapan

Pelajar2 yang mengikuti program penerapan tidak diberikan pengecualian kredit selain daripada kursus CITU dan ko-kurikulum sahaja seperti yang diluluskan oleh senat dan mematuhi keperluan badan profesional.

Program EH223 (Sarjana Muda kejuruteraan Minyak & Gas)

Lembaga Akademik Fakulti (LAF) telah meluluskan, bermula kemasukan Sept tahun ini, pelajar lepasan Diploma dan pelajar tahun akhir Diploma yang berjaya memohon Program EH223 akan memasuki semester 2, bukan semester 3.

Therefore, we would encourage students to apply from program Penerapan ke ISM instead rather then after completing the Diploma fully for which they would need three and half years for EH223. But if they come in having good result in sem 3 then they will proceed the same 4 years programme similar to EH220, 221 and 222 .

Sunday, March 27, 2011

Program ekspo kerjaya

PROGRAM EKSPO KERJAYA 2011


Tarikh : 29-30 Mac 2011

Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Dewan Aspirasi UiTM Terengganu Kampus Dungun

Aktiviti : 1) Temuduga Pekerjaan/Penempatan Pekerjaan
2) Pameran
3) Maklumat Pekerjaan
4) Ceramah Kerjaya


Terdapat pelbagai syarikat dan agensi menyertai program ini yang menawarkan kekosongan jawatan. Maklumat lanjut sila kunjungi laman web terengganu.uitm.edu.my

TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR UiTM, PARA GRADUAN DAN MASYARAKAT LUAR.

Program Research development in Chemical Engineering

Fakulti Kejuruteraan Kimia dengan kerjasama RMI UiTM Terengganu akan menganjurkan program "Research Development in Chemical Engineering". Semua pelajar part 4, 5 & 6 dikehendaki hadir. Sila minta surat pengecualian kuliah daripada Eliza Aina (5A).

Berikut adalah maklumat mengenai program tersebut :

Tarikh: 28 Mac 2011 (Isnin)
Tempat : Dewan Jasmin
Masa : 10.00 - 12.30 tengahari
2.00 - 5.00 pm (lawatan ke Ladang Karas, Merchang untuk 5A&5B)

Sebarang persoalan, sila rujuk Cik Eliza Aina (ketua projek)

Sunday, March 20, 2011

Senarai Pensyarah pelawat Industrial Training

Assalamualaikum..

Sila rujuk senarai tersebut di sini untuk tindakan selanjutnya..

Sebarang masalah sila hubungi Pn. Sopiah Ambong..

Thursday, March 10, 2011

Mycareer Myfuture

PROGRAM "MYCAREER MYFUTURE" adalah program latihan kebolehpasaran graduan anjuran syarikat My-Partners Sdn. Bhd. sebagai persediaan bakal-bakal graduan ke alam kerjaya.

Sehubungan dengan itu pelajar semester akhir program ijazah dan diploma mana-mana fakulti yang berminat boleh mendaftar untuk menyertai program latihan ini.

Pelajar/bakal graduan yang berminat boleh mendaftar nama di Unit Kerjaya dan Kaunseling, UiTM Terengganu dengan kadar SEGERA (sebaik-baiknya sebelum/pada 23 Mac 2011).

P/s: Pelajar option B yang akan atau telah pergi latihan praktikal digalakkan mendaftar.

Wednesday, March 9, 2011

Taklimat Kursus Ijazah UiTM Shah Alam

Assalamualaikum...

Perhatian kepada Part 5A and 6A,

Satu taklimat tentang kursus ijazah di UiTM Shah Alam akan didakan pada:

Khamis (10 Mac 2011), 9.30 am di Makmal Kimia

Wednesday, March 2, 2011

Iklan Kemasukan Pelajar ke UITM 2011

Permohonan kemasukan pelajar UiTM bagi kategori berikut memerlukan pembelian no. slip melalui BSN untuk kemasukan ke UiTM Sesi Jun 2011 (Diploma) dan September 2011 (Ijazah Sarjana Muda) bermula 1 Mac 2011 dan akan tamat pada 31 Mac 2011.

-Penerapan Pra Diploma UiTM ke Diploma UiTM
-Penerapan Diploma Semester 03 UiTM (Trek Pantas) ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
-Penerapan Asasi Undang-undang UiTM (PI005 / PI006) ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
-Penerapan Diploma Perakaunan AC 110 UiTM (Trek Pantas) ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
-Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
-Penerapan Diploma UiTM (Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Diploma Mikrobiologi, -Diploma Sains, Diploma Farmasi) ke Ijazah Sarjana Muda Perubatan UiTM, Ijazah Sarjana
Muda Farmasi UiTM, Ijazah Sarjana Muda Pergigian UiTM
-Penerapan AC150 UiTM ke AC 551 UiTM (CAT ke ACCA)
-Penerapan AC160 ke AC 550 UiTM (CBA ke CIMA)


Sila lihat iklan kemasukan pelajar sesi Jun/Sept 2011 melalui http://www.online.uitm.edu.my.

Penggunaan url http://upu.mohe.gov.my menyebabkan permohonan tidak akan diproses.

Pohon maklumkan kepada pelajar kategori berikut bahawasanya mereka perlu menyatakan program PENERAPAN UiTM semasa membeli borang permohonan di kaunter BSN (Bank Simpanan Nasional). Ini adalah untuk mengelakkan pelajar-pelajar tersebut tersilap membeli borang UPU/KPT.

Sekian, untuk makluman dan dipanjangkan kepada semua.