Wednesday, June 29, 2011

CHE351 - Latihan Industri

Assalamualaikum,

Mohon kepada pelajar yang sedang berada di syarikat menyemak kembali guidelines CHE351 May - Sept 2011.

Manakala yang sedang mencari tempat untuk latihan praktik, guideline anda adalah CHE351 Nov - Mac 2012.

Kepada yang sedang mencari tempat latihan praktik juga,
  • surat pengesahan pelajar, insyaAllah akan dikeluarkan pada minggu hadapan. Sila dapatkan di kaunter HEA bermula minggu hadapan.
  • Sila hantar 'student checklist' dengan 50 senarai syarikat sebelum atau pada 4hb Julai 2011.

Sekian, Terima kasih.

Puan Sopiah.

Tuesday, June 28, 2011

Intersesi 2011

Assalamu'alaikum wrth.

Makluman kepada semua pelajar.

Intersesi terdekat/seterusnya akan ditawarkan sepanjang cuti pertengahan semester (Mid Term Brea) 16 Julai - 23 Julai. Kepada mana-mana pelajar yang berminat boleh menghubungi Penasihat Akademik anda.

Sila hebahkan makluman ini.

Sekian

Admin.

Wednesday, June 22, 2011

CHE351 - Latihan Industri

Assalamualaikum,

diminta kepada semua pelajar yang nak pergi praktikal, menghantar perkara - perkara berikut:

1 - student pledge

2 - resume

3 - cover letter

sebelum atau pada 27 jun 2011. Kelewatan anda menghantar senarai - senarai tersebut akan melewatkan anda mendapat tempat latihan industri.

sekian, harap maklum.

Madam Sopiah.

Industrial Talk For Chemical Engineering

Assalamu'alaikum wrth.

Makluman untuk semua pelajar.

Satu program ceramah/soal jawab - Industrial Talk for Chemical Engineering anjuran Fakulti akan di adakan pada 26 Jun 2011 (AHAD) bermula 8.30pg hingga 12.00 t.hari di Dewan Cemara . Program ceramah industri ini akan dilaksanakan bersama jurutera-jurutera dan operator dari Optimal Kerteh.

Semua pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia (sem 1- 6) diwajibkan hadir.
Permohonan untuk pengecualian kuliah untuk semua pelajar (kuliah sesi pagi shj) telah diluluskan oleh Timb Rektor Akademik PM Wan Dorishah
.

Pendaftaran pelajar akan bermula pada jam 8.30 pagi. Semua pelajar dikehendaki untuk berpakaian KORPORAT. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan saya atau Ketua Projek, Mohamad Nurfaiz Ismail (part 5).

Mohon disebarkan maklumat ini. Sekian, terima kasih

Puan Marshahida MY

CHE364: Permohonan Penggunaan Makmal

Assalamu'alaikum wrth.

Perhatian pelajar kursus CHE364

Semua pelajar yang akan menggunakan makmal TATiUC dan Makmal Kimia UITM Shah Alam, termasuklah Makmal Kimia, FKK UiTMT perlu mengisi borang makmal dengan penasihat projek anda untuk perancangan sesi makmal yang perlu diadakan pada hujung minggu.

Pelajar diminta menghantar borang tersebut kepada Puan Norhaslina
selewat-lewatnya pada 27 Julai 2011 (Isnin).

Sekian.


Wednesday, June 15, 2011

Kelas Kemahiran Maklumat di Perpustakaan Cendekiawan

Assalamu'alaikum wrth.

Perhatian kepada pelajar semester 6 yang mengambil kod CHE 364.

Untuk memantapkan kemahiran dalam pencarian maklumat untuk projek kod CHE364, satu Kelas Kemahiran Maklumat di Perpustakaan Cendekiawan akan diadakan seperti maklumat di bawah:

  • Tarikh : 20 Jun 2011 (Isnin)
  • Masa : 10 am - 12 pm
  • Tempat : Makmal Ibnu Sina (Perpustakaan Cendekiawan)
  • Pustakawan : En. Md. Kamil Ibrahim

Kehadiran anda adalah DIWAJIBKAN.

Sekian.

Tuesday, June 14, 2011

Sesi Penyerahan Dokumen Perjanjian Dokumen PTPTN

Assalamu'alaikum wrth.

Dimaklumkan, satu sesi Penyerahan Dokumen Perjanjian PTPTN akan diadakan pada :-

Tarikh : 24 - 25 Jun 2011 (Jumaat & Sabtu)

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bangunan Karisma (HEP & Alumni)

Sekian.

Sunday, June 12, 2011

CHE364 Proposal Presentation

Assalamu'alaikum wrth.

Announcement for student T-EH1106A.
Final Project presentation will be held on 13th June 2011 (Monday).
The venue is MEC14c1 and Bilik Mesyuarat Intelek.
For presentation turn, please kindly refer to the table on the right panel (Box CHE364).

Thank you.

Monday, June 6, 2011

Dialog bersama Penyelaras Fakulti & Pensyarah DCE

Assalamualaikum...

1 sesi taklimat pengajian dan dialog bersama pensyarah2 DCE akan diadakan untuk semua pelajar DCE (Part 1-6). Berikut adalah maklumat berkenaan:

Tempat: Dewan Bakawali
Tarikh: 9 Jun (Khamis)
Masa : 10.00 pagi - 12.30 pm

Semua diwajibkan hadir dan kedatangan akan diambil. Kelas pada waktu tersebut akan ditunda ke waktu lain.

Thursday, June 2, 2011

CHE351 - Perjumpaan dengan Pensyarah

Pengumuman.

Assalamu'alakum wrth,

Perjumpaan pertama bersama pensyarah (Puan Sopiah) akan diadakan seperti berikut;

  1. Tarikh : 13 Jun 2011
  2. Tempat : MEC14C1
  3. Masa : 10.00 pagi.
Semua pelajar yang terlibat (option B part 6 semester Mei 2011) diwajibkan hadir. Kehadiran akan diambil untuk rekod.


CHE364 - Project Semester Akhir

Assalamu'alakum wrth.

Untuk makluman semua pelajar semester 6 option A semester Mei-Oktober 2011, sila ambil perhatian terhadap senarai nama penyelia projek anda.

Anda dinasihatkan supaya membuat pertemuan dengan penyelia projek dengan segera untuk berbincang mengenai tajuk projek semester akhir. Kegagalan berbuat demikian akan melambatkan proses pengesahan tajuk projek.

Bil

Nama Pelajar

Nama Penyelia

1

ELIZA AINA BINTI ROZLAN

En Ahmad Rozaimee

2

MOHAMMAD AMIRUL AIMAN BIN AHAMAD

En Azmi

3

MOHD FAROOQ BIN MOHAMAD KHALIL

Puan Marshahida

4

MOHD SUHAZLAN FIKRI BIN SUGIONO

En Mohd Shahrul Nizam

5

MUHAMMAD FAREEZUDDIN BIN MOHAMAD KHALIL

Puan Nor Emma Erwina

6

NORMASZIANA BINTI SIDEK

Puan Noraini

7

NUR FATHIN AMIRAH BINTI SHAFIE

Cik Norkamruzita

8

SALIP ELNALYN SALIP MAWALLIL

Puan Sopiah


Harap maklum.