Wednesday, March 2, 2011

Iklan Kemasukan Pelajar ke UITM 2011

Permohonan kemasukan pelajar UiTM bagi kategori berikut memerlukan pembelian no. slip melalui BSN untuk kemasukan ke UiTM Sesi Jun 2011 (Diploma) dan September 2011 (Ijazah Sarjana Muda) bermula 1 Mac 2011 dan akan tamat pada 31 Mac 2011.

-Penerapan Pra Diploma UiTM ke Diploma UiTM
-Penerapan Diploma Semester 03 UiTM (Trek Pantas) ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
-Penerapan Asasi Undang-undang UiTM (PI005 / PI006) ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
-Penerapan Diploma Perakaunan AC 110 UiTM (Trek Pantas) ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
-Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
-Penerapan Diploma UiTM (Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Diploma Mikrobiologi, -Diploma Sains, Diploma Farmasi) ke Ijazah Sarjana Muda Perubatan UiTM, Ijazah Sarjana
Muda Farmasi UiTM, Ijazah Sarjana Muda Pergigian UiTM
-Penerapan AC150 UiTM ke AC 551 UiTM (CAT ke ACCA)
-Penerapan AC160 ke AC 550 UiTM (CBA ke CIMA)


Sila lihat iklan kemasukan pelajar sesi Jun/Sept 2011 melalui http://www.online.uitm.edu.my.

Penggunaan url http://upu.mohe.gov.my menyebabkan permohonan tidak akan diproses.

Pohon maklumkan kepada pelajar kategori berikut bahawasanya mereka perlu menyatakan program PENERAPAN UiTM semasa membeli borang permohonan di kaunter BSN (Bank Simpanan Nasional). Ini adalah untuk mengelakkan pelajar-pelajar tersebut tersilap membeli borang UPU/KPT.

Sekian, untuk makluman dan dipanjangkan kepada semua.

No comments:

Post a Comment