Sunday, August 1, 2010

Pertandingan Debat Piala Pengarah UiTM Terengganu 2010

Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, selama 2 hari (Jumaat dan Sabtu), pusingan saringan dan peringkat suku dan separuh akhir telah dijalankan dan berikut adalah keputusan program/fakulti yang akan ke peringkat akhir Debat Piala Pengarah (DPP) 2010:

BM : DPA Vs Chemical Eng
BI : DPA Vs Office Mgt

Butir-butir pertandingan akhir adalah seperti berikut:

Tarikh : 2 Ogos 2010
Tempat Dataran Warisan (dpn bilik MPP & cafe Kapas)
Debat BI :8.15-9.15 malam
Debat BM: 9.30- 10.30 malam


Untuk makluman,

Pasukan debat kategori Bahasa Melayu dari Fakulti Kejuruteraan Kimia berjaya memasuki Pusingan Akhir Pertandingan Debat Piala Pengarah UiTM Terengganu. Mereka yang mewakili Fakulti Kejuruteraan Kimia ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar part 5.
1. Sabariah
2. Amirul Jazmi
3. Syazarul Fahmi
4. Sharifah Aqlima

Syabas diucapkan!!

Walaupun pasukan debat kategori Bahasa Inggeris hanya berjaya keperingkat suku akhir, mereka mampu menunjukkan saingan yang hebat.

Pertandingan pusingan akhir ini akan diadakan pada hari Isnin 2 Ogos bermula jam 8.30 mlm di Dataran Warisan. Marilah kita beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan debat Fakulti Kejuruteraan Kimia yang julung-julung kalinya mara ke pusingan akhir. Sama-samalah kita berdoa semoga piala yang telah disimpan oleh Fakulti Kejuruteraan Elektrik selama ini akan berpindah ke Fakulti Kejuruteraan Kimia pula.

Kepada semua pensyarah dan para pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia, datanglah beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada pendebat-pendebat kita.

#Updated Info

Tahniah kepada pasukan debat bahasa melayu DCE kerana menjadi naib johan Pertandingan Debat Kategori Bahasa Melayu. Sungguhpun hanya mampu menjadi naib juara, namun pencapaian ini tetap boleh dibanggakan atas penyertaan pertama DCE di dalam arena perdebatan. Siapa kata pelajar kejuruteraan tidak boleh berdebat? Cuma diharap biarlah berdebat atas isu yang betul-betul relevan dengan topik :)

No comments:

Post a Comment