Monday, July 26, 2010

Makluman mengenai program "Permerkasaan Anak Bangsa"

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan UiTM Terengganu dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan mengadakan satu ceramah yang dinamakan "Program Pemerkasaan Anak Bangsa" selaras dengan arahan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA,Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Bin Abu Bakar. Segala butiran lanjut mengenai program dinyatakan di bawah:

Tarikh : 27hb Julai 2010 (Selasa)
Tempat : Dewan Aspirasi, UiTM Terengganu
Masa : 8.00 pagi - 11.45 pagi
Penceramah :YBhg. Datuk A. Halim Sidek / Dr Muhammad Rozi Malim

Sehubungan dengan itu, semua pelajar diploma & ijazah tahun akhir (semester 5 & 6) DIWAJIBKAN hadir ke program tersebut dan semua kuliah pada waktu tersebut DITANGGUHKAN. Bersama ini disertakan tentatif program tersebut.

Cop merit (Universiti) bagi program tersebut akan disediakan.

Segala kerjasama yang telah diberikan oleh tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

No comments:

Post a Comment