Wednesday, June 29, 2011

CHE351 - Latihan Industri

Assalamualaikum,

Mohon kepada pelajar yang sedang berada di syarikat menyemak kembali guidelines CHE351 May - Sept 2011.

Manakala yang sedang mencari tempat untuk latihan praktik, guideline anda adalah CHE351 Nov - Mac 2012.

Kepada yang sedang mencari tempat latihan praktik juga,
  • surat pengesahan pelajar, insyaAllah akan dikeluarkan pada minggu hadapan. Sila dapatkan di kaunter HEA bermula minggu hadapan.
  • Sila hantar 'student checklist' dengan 50 senarai syarikat sebelum atau pada 4hb Julai 2011.

Sekian, Terima kasih.

Puan Sopiah.

Tuesday, June 28, 2011

Intersesi 2011

Assalamu'alaikum wrth.

Makluman kepada semua pelajar.

Intersesi terdekat/seterusnya akan ditawarkan sepanjang cuti pertengahan semester (Mid Term Brea) 16 Julai - 23 Julai. Kepada mana-mana pelajar yang berminat boleh menghubungi Penasihat Akademik anda.

Sila hebahkan makluman ini.

Sekian

Admin.

Wednesday, June 22, 2011

CHE351 - Latihan Industri

Assalamualaikum,

diminta kepada semua pelajar yang nak pergi praktikal, menghantar perkara - perkara berikut:

1 - student pledge

2 - resume

3 - cover letter

sebelum atau pada 27 jun 2011. Kelewatan anda menghantar senarai - senarai tersebut akan melewatkan anda mendapat tempat latihan industri.

sekian, harap maklum.

Madam Sopiah.

Industrial Talk For Chemical Engineering

Assalamu'alaikum wrth.

Makluman untuk semua pelajar.

Satu program ceramah/soal jawab - Industrial Talk for Chemical Engineering anjuran Fakulti akan di adakan pada 26 Jun 2011 (AHAD) bermula 8.30pg hingga 12.00 t.hari di Dewan Cemara . Program ceramah industri ini akan dilaksanakan bersama jurutera-jurutera dan operator dari Optimal Kerteh.

Semua pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia (sem 1- 6) diwajibkan hadir.
Permohonan untuk pengecualian kuliah untuk semua pelajar (kuliah sesi pagi shj) telah diluluskan oleh Timb Rektor Akademik PM Wan Dorishah
.

Pendaftaran pelajar akan bermula pada jam 8.30 pagi. Semua pelajar dikehendaki untuk berpakaian KORPORAT. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan saya atau Ketua Projek, Mohamad Nurfaiz Ismail (part 5).

Mohon disebarkan maklumat ini. Sekian, terima kasih

Puan Marshahida MY

CHE364: Permohonan Penggunaan Makmal

Assalamu'alaikum wrth.

Perhatian pelajar kursus CHE364

Semua pelajar yang akan menggunakan makmal TATiUC dan Makmal Kimia UITM Shah Alam, termasuklah Makmal Kimia, FKK UiTMT perlu mengisi borang makmal dengan penasihat projek anda untuk perancangan sesi makmal yang perlu diadakan pada hujung minggu.

Pelajar diminta menghantar borang tersebut kepada Puan Norhaslina
selewat-lewatnya pada 27 Julai 2011 (Isnin).

Sekian.


Wednesday, June 15, 2011

Kelas Kemahiran Maklumat di Perpustakaan Cendekiawan

Assalamu'alaikum wrth.

Perhatian kepada pelajar semester 6 yang mengambil kod CHE 364.

Untuk memantapkan kemahiran dalam pencarian maklumat untuk projek kod CHE364, satu Kelas Kemahiran Maklumat di Perpustakaan Cendekiawan akan diadakan seperti maklumat di bawah:

  • Tarikh : 20 Jun 2011 (Isnin)
  • Masa : 10 am - 12 pm
  • Tempat : Makmal Ibnu Sina (Perpustakaan Cendekiawan)
  • Pustakawan : En. Md. Kamil Ibrahim

Kehadiran anda adalah DIWAJIBKAN.

Sekian.

Tuesday, June 14, 2011

Sesi Penyerahan Dokumen Perjanjian Dokumen PTPTN

Assalamu'alaikum wrth.

Dimaklumkan, satu sesi Penyerahan Dokumen Perjanjian PTPTN akan diadakan pada :-

Tarikh : 24 - 25 Jun 2011 (Jumaat & Sabtu)

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bangunan Karisma (HEP & Alumni)

Sekian.