Sunday, March 20, 2011

Senarai Pensyarah pelawat Industrial Training

Assalamualaikum..

Sila rujuk senarai tersebut di sini untuk tindakan selanjutnya..

Sebarang masalah sila hubungi Pn. Sopiah Ambong..

Thursday, March 10, 2011

Mycareer Myfuture

PROGRAM "MYCAREER MYFUTURE" adalah program latihan kebolehpasaran graduan anjuran syarikat My-Partners Sdn. Bhd. sebagai persediaan bakal-bakal graduan ke alam kerjaya.

Sehubungan dengan itu pelajar semester akhir program ijazah dan diploma mana-mana fakulti yang berminat boleh mendaftar untuk menyertai program latihan ini.

Pelajar/bakal graduan yang berminat boleh mendaftar nama di Unit Kerjaya dan Kaunseling, UiTM Terengganu dengan kadar SEGERA (sebaik-baiknya sebelum/pada 23 Mac 2011).

P/s: Pelajar option B yang akan atau telah pergi latihan praktikal digalakkan mendaftar.

Wednesday, March 9, 2011

Taklimat Kursus Ijazah UiTM Shah Alam

Assalamualaikum...

Perhatian kepada Part 5A and 6A,

Satu taklimat tentang kursus ijazah di UiTM Shah Alam akan didakan pada:

Khamis (10 Mac 2011), 9.30 am di Makmal Kimia

Wednesday, March 2, 2011

Iklan Kemasukan Pelajar ke UITM 2011

Permohonan kemasukan pelajar UiTM bagi kategori berikut memerlukan pembelian no. slip melalui BSN untuk kemasukan ke UiTM Sesi Jun 2011 (Diploma) dan September 2011 (Ijazah Sarjana Muda) bermula 1 Mac 2011 dan akan tamat pada 31 Mac 2011.

-Penerapan Pra Diploma UiTM ke Diploma UiTM
-Penerapan Diploma Semester 03 UiTM (Trek Pantas) ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
-Penerapan Asasi Undang-undang UiTM (PI005 / PI006) ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
-Penerapan Diploma Perakaunan AC 110 UiTM (Trek Pantas) ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
-Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
-Penerapan Diploma UiTM (Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Diploma Mikrobiologi, -Diploma Sains, Diploma Farmasi) ke Ijazah Sarjana Muda Perubatan UiTM, Ijazah Sarjana
Muda Farmasi UiTM, Ijazah Sarjana Muda Pergigian UiTM
-Penerapan AC150 UiTM ke AC 551 UiTM (CAT ke ACCA)
-Penerapan AC160 ke AC 550 UiTM (CBA ke CIMA)


Sila lihat iklan kemasukan pelajar sesi Jun/Sept 2011 melalui http://www.online.uitm.edu.my.

Penggunaan url http://upu.mohe.gov.my menyebabkan permohonan tidak akan diproses.

Pohon maklumkan kepada pelajar kategori berikut bahawasanya mereka perlu menyatakan program PENERAPAN UiTM semasa membeli borang permohonan di kaunter BSN (Bank Simpanan Nasional). Ini adalah untuk mengelakkan pelajar-pelajar tersebut tersilap membeli borang UPU/KPT.

Sekian, untuk makluman dan dipanjangkan kepada semua.

Sunday, February 20, 2011

CHE 324

Assalamualaikum...

Untuk makluman, kelas CHE 324 pada malam ini (ahad, 20 feb 20100) adalah dibatalkan.

Wednesday, February 16, 2011

Penggunaan peralatan makmal Shah Alam (CHE364)

Assalamualaikum wbt.

Berhubung perkara ini, semua penyelia pelajar yang akan menggunakan peralatan makmal di FKK Shah Alam diminta memaklumkan kepada pelajar seliaan masing2 untuk menetapkan tarikh penggunaan peralatan yang diperlukan secepat mungkin. Caranya ialah dengan menghubungi penolong pegawai sains di FKK Shah Alam untuk penempahan (booking) supaya tidak clash dengan penggunaan pelajar di sana. Saya memerlukan tarikh berkenaan secepat mungkin untuk dimaklumkan di dalam surat permohonan penggunaan makmal yang akan dimajukan kepada Dekan. Tarikh tersebut perlu dihantar kepada saya selewat-lewatnya pada 20 Februari 2011 (Ahad) berserta nama makmal yang akan digunakan.

Berikut adalah no contact Penolong Pegawai Sains yang boleh dihubungi;



Shah Rizal Mahmud          012-3432008   
Rohaida Zainordin              013-2118193   
Roswati Hasim                   012-2401222   
Khuzairin Sanuri                017-6620604   

Thursday, February 10, 2011

Kem Pemantapan Minda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bagi mencapai objektif program kaca, satu program kem akan diadakan sepertimana berikut:
  • Tarikh Kem - 18 dan 19 Februari 2011
  • Peserta - part 2a, b dan c sesi jan - mei 2011
  • kelengkapan kem

- kelengkapan solat - pakaian sukan untuk dua hari satu malam

- lampu picit - alatan mandian

- kain basahan dan selipar - alatulis - selimut - sweater

- ubat - ubatan bagi yang berkenaan

  1. sila rujuk pada senarai peserta mengikut kumpulan.

peserta - peserta diminta berkumpul di depan Dewan Aspirasi pada tepat jam 7 pg, jumaat, 18hb februari 2011.


penyelaras program kaca

Madam Sopiah dan Cik Norkamruzita