Wednesday, January 26, 2011

Sudahkah Anda Berjumpa PA Anda?

Assalamualaikum...

Seperti yg semua sedia maklum, tarikh akhir bagi pendaftaran dan gugur kursus adalah pada 28 Januari 2011. Oleh itu, bagi mereka yang masih mempunyai masalah untuk mendaftar/ gugur kursus/ kelas yang clash, sila berjumpa PA anda segera untuk tindakan selanjutnya atau khidmat nasihat.

Monday, January 24, 2011

Calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Assalamualaikum...

Fakulti Kejuruteraan Kimia memerlukan calon-calon yang berkebolehan untuk menerajui kepimpinan pelajar melalui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Saya memohon pelajar-pelajar part 2, 3 dan 4 yang berkelayakan (min CGPA : 2.75) agar dapat memberikan nama kepada saya atau penasihat akademik masing-masing selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tghri, (26 Januari 2011). Jangan lepaskan peluang ini untuk menjana"leadership skills" dan menambahkan pengalaman sendiri.

Penyelaras FKK,
Pn. Zarina Omar

Sunday, January 23, 2011

Makluman Mengenai Pengecualian Kuliah Sempena Program "Dialog Pengarah Bersama Pelajar Sesi Disember 2010 - Mei 2011"

Assalamualaikum w.b.t & Salam 1 Malaysia

Sukacita dimaklumkan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UiTM Terengganu akan mengadakan "Program Dialog Pengarah Bersama Pelajar Sesi Disember 2010 - Mei 2011" seperti butiran berikut:

Tarikh   : 23 Januari 2011 (Ahad)
Tempat : Stadium Gemilang, UiTM Terengganu Kampus Dungun
Masa     : 8.00 malam

Sehubungan dengan itu, semua pelajar UiTM Terengganu Kampus Dungun diberikan pengecualian kuliah bagi memastikan mereka hadir ke program tersebut kerana ia merupakan aktiviti wajib kepada semua pelajar di peringkat kampus.



Sehubungan itu, Kelas CHE324 turut dibatalkan pada malam ini..

Perubahan Tarikh Modul Diploma Semester 3 & 4

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, terdapat sedikit perubahan tarikh Modul Diploma Semester 3 dan 4.

Tarikh terbaru adalah seperti berikut :

Modul Diploma (3)
11 Februari 2011 (Jumaat) - Rujuk jadual yang akan dikeluarkan.

Modul Diploma (4)
12 Februari 2011 (Sabtu) : AC110, AC120, AM110, BM111, BM112, BM114, CS110
(KEMBARA) (Berkumpul di padang petanque belakang food court
Redang jam 7.45 pagi)


25 Februari 2011 (Jumaat) : Semua Pelajar Semester 4 (Diploma) pelajar yang mengulang & pelajar ijazah
penerapan. (DEWAN ASPIRASI jam 7.45 pagi)


26 Februari 2011 (Sabtu) : EE111, EE113, EH110, HM110,HM111, HM112, HM115,
OM114 ,
(KEMBARA) Pelajar yang mengulang & Pelajar Ijazah Penerapan.
(pelajar baru mendaftar).
(Berkumpul di padang petanque belakang food court
Redang jam 7.45 pagi)

## Please mark your callendar.

Makluman Cuti Raya Cina

Assalamualaikum...

Adalah dimaklumkan bahawa Cuti Raya Cina ( CUTI AM ) jatuh pada hari KHAMIS ( 3 FEB 2011) dan JUMAAT ( 4 FEB 2011 ), maka dengan itu hari AHAD ( 6 FEB 2011 ) adalah hari BEKERJA dan kelas berjalan seperti biasa..


Sekian, harap maklum..

Makluman terkini CHE351

Assalamualaikum,

Berikut adalah tarikh - tarikh penting untuk latihan praktik sesi Mei-Sept 2011

Taklimat : 24 Januari 2011 (MEC14C1)
Student Placement Confirmation : 3 april 2011
Practical Training Period : 15 Mei - 17 September
Softcopy of Report Due : 7 September
Logbook and hardcopy report due : 20 Sept
Industrial Training Visiting / Presentation : 28/8 - 17/9

Makluman terkini CHE364

Assalamualaikum...

Sila rujuk senarai penyelia & pelajar untuk projek yang terkini(updated 18 jan 2011).
Juga, sila rujuk panduan dan format untuk membuat tesis yang terkini.
Semuanya boleh didapati di column CHE364.

Wednesday, January 19, 2011

Penasihat Akademik & Pelajar

1. HEA menyediakan borang permasalahan pelajar berkaitan pendaftaran kursus, antaranya melibatkan :
-tambah/gugur kursus
-daftar kursus bahagian hadapan
-daftar kursus pra syarat
-dll

2.Tindakan PA :
memberikan ulasan dengan menyatakan sokongan samada meluluskan/menyokong/ tidak sokong dll. 
     HEA yang akan mengemaskini dalam iSIS...ATAU

terus mengambil tindakan dengan menyelesaikan masalah berkenaan melalui pengemaskinian pada iSIS.  Jika tidak dapat selesaikan masalah tersebut, mohon nyatakan kenapa masalah tersebut tidak boleh diselesaikan, contohnya disebabkan tiada akses menu tersebut, dll.

4.    Mohon kerjasama semua PA untuk menyimpan salinan pelan pengajian terkini bagi pelajar2 di bawah seliaan.
    Sentiasa merujuk kepada Ketua Pengurusan Akademik atau mantan KP jika tidak memahaminya.

5.    Bagi permohonan pengecualian kredit, PA adalah menjadi sumber rujukan pelajar, membantu menilai kursus2 yang     boleh diberikan PC.  Manakala kelulusan/penilaian adalah daripada Ketua Pengurusan Akademik.  HEA akan         mengemaskini kelulusan PC setelah disahkan oleh JAC.

Makluman Awal gugur taraf pelajar

Untuk makluman dan perhatian warga kampus UiTMT:

Pelajar akan GUGUR TARAF  (GT) jika tidak melaksanakan perkara berikut iaitu :

a)      Pendaftaran Kursus; dan
b)      Pembayaran yuran berkaitan

Atau
Salah satu daripada perkara (a) dan (b).

Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kewangan untuk membayar yuran pengajian hendaklah:

a)    Merujuk kepada HEP bagi mendapatkan bantuan  kewangan;

b)    Memajukan permohonan secara bertulis kepada Timbalan Pengarah Kampus (Akademik), UiTM Terengganu untuk membayar yuran lewat daripada tarikh yang ditetapkan (selewat-lewatnya 4 Februari 2011)

TARIKH AKHIR BAYAR YURAN :   4 FEBRUARI 2011

TARIKH MUKTAMAD DAN PEMBERIAN GUGUR TARAF(GT) :  9 FEBRUARI 2011

Makluman untuk Pensyarah & Pelajar

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Proses pendaftaran kursus berserta gugur tambah kursus akan berakhir pada 28 Januari 2011.  Selepas itu, diikuti  proses bagi pelajar2 melakukan validasi kursus terdaftar yang akan berakhir pada 8 Februari 2011.

Sukacita dipohon kerjasama tuan/puan untuk mewar warkan kepada pelajar2 tuan/puan untuk menyelesaikan urusan berkaitan pendaftaran kursus dalam tempoh yang ditetapkan.

Berikutan itu, disarankan tuan/puan (pensyarah) untuk melakukan perkara2 berikut :

(1) mencetak senarai nama kelas daripada iSIS bagi mengetahui senarai pelajar terkini yang berdaftar di bawah kelas tuan/puan

2.Sekiranya nama seseorang pelajar tidak terdaftar di dalam senarai kelas:
i)Maklumkan pelajar tersebut dengan segera bahawa pendaftaran kursusnya masih belum lengkap. Sila rujuk PA masing2 atau HEA
ii)Jangan benarkan masuk kelas selagi belum mendaftar dengan sempurna.
iii)Jangan benarkan menduduki apa saja jenis penilaian yang menyumbangkan markah kepada gred akhir.

(2)  meminta pelajar2 melakukan validasi kursus dengan menyemak kursus2 yang didaftarkan beserta kumpulan kuliah ada di dalam senarai sah kursus

Bagi mengelakkan pelajar2 di Gugur Taraf(GT), Apa yang tuan/puan boleh lakukan adalah :

(1)  memastikan pelajar-pelajar di dalam kelas tuan/puan untuk mereka melakukan kedua-dua perkara berikut :
    (a) pendaftaran kursus, dan
(b) membayar yuran pengajian sebelum/pada 4 Februari 2011 -  minta pelajar semak status bayaran, khususnya pelajar yg mendapat tajaan/PTPTN dll

(2)  Penasihat Akademik : menghubungi dan mengingatkan pelajar2 di bawah seliaan tuan/puan terhadap perkara (1)

(3) Penyelia/Pensyarah Menyelia Latihan Praktik  :  mengingatkan dan memastikan pelajar yang menjalani LP melakukan perkara(1).

Mereka mesti melakukan perkara (1) kerana secara automatiknya pada 9 Februari 2011, mereka akan digugur taraf.

Tuan/Puan juga boleh menasihati pelajar2 sekiranya pelajar-pelajar tersebut:

Tidak mampu membayar yuran atau masalah kewangan :
    (a)  Pelajar membuat permohonan secara bertulis kepada Pengarah Kampus/TPK HEA untuk membayar yuran lambat.
    (b)  Meminta pelajar ke Pejabat HEP untuk mendapatkan bantuan kewangan seperti - Tabung Kebajikan Pelajar, Zakat dll

Mempunyai lain2 masalah termasuk juga masalah kewangan -  membuat permohonan secara bertulis bagi memohon cuti khas pada semester ini.

Sekian, harap maklum.

Taklimat Latihan Praktik

Makluman kepada semua pelajar part 6 Option B, anda diwajibkan hadir ke taklimat latihan Praktik sebagaimana berikut:

Tarikh : 24 Januari 2011
Hari : Isnin
Masa : 10 pagi
Tempat : MEC14C1


Harap Maklum.

Thursday, January 13, 2011

Pengumuman Tarikh Kuliah & Intersesi

Assalamu 'alaikum dan Salam Sejahtera Tuan / Puan

Pihak HEA telah memaklumkan perubahan besar pada tarikh permulaan kuliah pada semester hadapan sebagaimana arahan Kementerian Pengajian Tinggi. Sila klik sini  untuk makluman terperinci:

Berikutan tarikh mula kuliah yang baru, pelajar-pelajar Diploma tiada masa untuk intersesi dimana hari pertama kuliah bagi sesi 20114 untuk pelajar Diploma, Asasi dan Pra-Diploma ialah 30 Mei 2011.

Sehubungan dengan itu, tiada intersesi bagi pelajar2 diploma, hanya intersesi untuk pelajar ijazah sarjana muda sahaja yang akan diadakan iaitu mulai 16 Mei 2011 sehingga 24 Jun 2011.

Sekian, Harap Maklum

Wednesday, January 12, 2011

Perjumpaan Dengan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) akan mengadakan perjumpaan rasmi disamping mengadakan sesi perkenalan dan dialog dengan staf Akademik dan semua pensyarah UiTM Terengganu pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut :-

Tarikh dan Hari : 16 Januari 2011 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Bidara Hotel UiTM


Sehubungan dengan itu semua kuliah antara jam 9.00 - 12.00 tengahari adalah dibatalkan.

Program Klinik Kerjaya

Ingin Mengetahui Minat Kerjaya Anda
Tips-tips Kerjaya
Persiapan Menghadapi Temuduga
Pendaftaran Penempatan Pekerjaan Secara on-line & Manual Oleh Jabatan Tenaga Kerja dan Unit Kerjaya dan Kaunseling


DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
TERBUKA KEPADA SEMUA
TERUTAMA KEPADA PELAJAR-PELAJAR SEMESTER AKHIR



PROGRAM KLINIK KERJAYA
TARIKH : 16-17 JAN 2011 (AHAD DAN ISNIN)
TEMPAT : DATARAN SURA
MASA : 8.30 PAGI-4.30 PETANG

Program Modul Diploma 2

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Adalah dimaklumkan Program Modul Diploma 2 akan diadakan seperti mana berikut :


14 Januari 2011 (Jumaat) - BM114, CS110, EE111, EH110, HM110, HM111, HM112, HM115, OM114
15 Januari 2011 (Sabtu)    -  AC110, AC120, AM110, BM111, BM112,EE113

Tuesday, January 11, 2011

Keputusan Rayuan Meneruskan Pengajian, Rayuan Penyemakan Semula dan Peperiksaan Khas

Untuk makluman.

13 Januari 2011
Keputusan Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Akhir dan Peperiksaan Khas diumumkan setelah pengesahan
Senat UiTM (jam 5.00 petang)

14 Januari 2011
Keputusan Rayuan Meneruskan Pengajian diumumkan di laman web

Sekian.

Kelas Kemahiran Maklumat

Assalamualaikum wbt,

Bagi memantapkan kaedah pencarian maklumat pelajar CHE364, semua pelajar diwajibkan hadir (kedatangan akan diambil) ke Kelas Kemahiran Maklumat di Perpustakaan Cendekiawan seperti berikut;

Tarikh: 13 Januari 2011 (Khamis)
Masa: 10 am - 12 pm
Tempat: Makmal Ibnu Sina (Perpustakaan Cendekiawan)
Pustakawan: En. Md. Kamil Ibrahim

Sekian, terima kasih.

Norhaslina Mohd Sidek
Penyelaras CHE364

Pembentangan Proposal Projek Pelajar

Assalamualaikum wbt,

Disertakan jadual pembentangan proposal CHE364. Sesi pembentangan proposal akan diadakan seperti berikut;

Tarikh: 17 Januari 2011 (Isnin)
Tempat: MEC14C1
Sesi 1: 10.00 am -12.00 pm
Sesi 2: 3.00 - 5.10 pm

Sila semak jadual dalam column CHE364.

Sekian, terima kasih

Thursday, January 6, 2011

Option 5A & 5B

Assalamualaikum...

Berikut adalah senarai pelajar berdasarkan option A & B bagi part 5 yang telah dikemaskini.

Option A

Option B

1. ELIZA AINA BINTI ROZLAN

2. MOHAMMAD AMIRUL AIMAN BIN AHAMAD

3. MOHD SUHAZLAN FIKRI BIN SUGIONO

4. MUHAMMAD FAREEZUDDIN BIN MOHAMAD KHALIL

5. NORMASZIANA BINTI SIDEK

6. MOHD FAROOQ BIN MOHAMAD KHALIL

7. NUR FATHIN AMIRAH BINTI SHAFIE

8. SALIP ELNALYN SALIP MAWALLIL

1. AKMAL HAKIM BIN HAJI IDRUS

2. MOHD KHAIRUL ASRAF BIN MANSOR

3. KHAIRUL AZWAN BIN JAMALUDIN

4. FAMYZAINAL BIN ZAINUDDIN

5. IKHWAN MUKHZANI BIN IBRAHIM

6. RASYIDAH BT RUZAILI

7. MOHD KASHMIR BIN ABDULLAH

8. IKHWAN ALIF B. AB AZIZ

9. SITI AISHAH BT ZAINAL ABIDIN

10. MUHAMMAD SABRI BIN OTHMAN

11. MOHD YUSOF BIN AWANG MAT

12. MUHAMMAD FARIS BIN MAT

13. RAMDZAN BIN ZAINAL KHIR


Pelajar Option B boleh mendaftar subjek seperti biasa. Sebarang masalah, sila berjumpa PA masing2. Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Monday, January 3, 2011

Briefing CHE 364 (Projek Pelajar)

Assalamualaikum...

Perhatian kepada pelajar part 6A. Satu sesi briefing akan diadakan untuk menyampaikan maklumat tentang projek akhir pelajar. Maklumat sesi berkenaan adalah seperti berikut:

Tarikh : 4 Januari 2010 (Selasa)
Masa : 10.15 am
Tempat : MEC14C1

Sila semak senarai supervisor dan pelajar di column CHE364.

Semua pelajar yang mendaftar untuk CHE364 diwajibkan hadir. Para pensyarah juga dijemput hadir.