Monday, August 23, 2010

PERTANDINGAN MUSABAQAH AL-QURAN

Satu pertandingan musabaqah al-quran akan diadakan pada 31 OGOS 2010 (selasa).

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencari wakil Qari (siswa) UiTM TERENGGANU ke
'PERTANDINGAN MUSABAQAH AL-QURAN TERBUKA IPTA/IPTS SE-MALAYSIA PIALA PENGARAH KAMPUS UiTM PULAU PINANG'

Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat, sila beri nama kepada koordinator program, En Azmi sebelum 25.8.2010 (rabu) jam 12.00 tengahari.

Monday, August 16, 2010

To All Industrial Training Students for the Next Sem

Please meet Puan Zarina Omar (Industrial Training Coordinator) at BP41 (Intelek)

on

Tuesday, Wednesday or Thursday (17-19 August 2010) : 2.30 - 4.30 pm

Check out the guidelines and forms on the right sidebar ==>

Penyerahan Slip Validasi

Pengumuman kepada pelajar:


Mohon pelajar hantar dua salinan slip validasi kepada PA masing2 untuk ditandatangani.
Slip2 yang telah ditandatangi : satu salinan disimpan oleh PA dan satu lagi disimpan oleh pelajar.

Senarai PA adalah seperti berikut:

Part 1 EHD1CA - Cik Norhayati Ismail
EHD1CB - Pn Marshahida Mat Yashim
EHD1CC- Cik Norkamruzita Saadon

Part 2: Pn Nur Emma Erwina Wahab


Part 3: EHD3CA - Pn Sopiah Ambong@Khalid
EHD3CB - Pn Nor Habibah Mohd Rosli

Part 4: Pn Norhaslina Mohd Sidek

Part 5: Pn Sarifah Fauziah Syed Draman
Zarina Omar


Part 6: Ahmad Rozaimee Mustaffa

P/s: senarai atas adalah guide line saja, pelajar boleh check siapa PA mereka yang sebenarnya dalam syudent portal. Begitu juga PA boleh check student mereka dalam ISIS

Sunday, August 1, 2010

Pertandingan Debat Piala Pengarah UiTM Terengganu 2010

Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, selama 2 hari (Jumaat dan Sabtu), pusingan saringan dan peringkat suku dan separuh akhir telah dijalankan dan berikut adalah keputusan program/fakulti yang akan ke peringkat akhir Debat Piala Pengarah (DPP) 2010:

BM : DPA Vs Chemical Eng
BI : DPA Vs Office Mgt

Butir-butir pertandingan akhir adalah seperti berikut:

Tarikh : 2 Ogos 2010
Tempat Dataran Warisan (dpn bilik MPP & cafe Kapas)
Debat BI :8.15-9.15 malam
Debat BM: 9.30- 10.30 malam


Untuk makluman,

Pasukan debat kategori Bahasa Melayu dari Fakulti Kejuruteraan Kimia berjaya memasuki Pusingan Akhir Pertandingan Debat Piala Pengarah UiTM Terengganu. Mereka yang mewakili Fakulti Kejuruteraan Kimia ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar part 5.
1. Sabariah
2. Amirul Jazmi
3. Syazarul Fahmi
4. Sharifah Aqlima

Syabas diucapkan!!

Walaupun pasukan debat kategori Bahasa Inggeris hanya berjaya keperingkat suku akhir, mereka mampu menunjukkan saingan yang hebat.

Pertandingan pusingan akhir ini akan diadakan pada hari Isnin 2 Ogos bermula jam 8.30 mlm di Dataran Warisan. Marilah kita beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan debat Fakulti Kejuruteraan Kimia yang julung-julung kalinya mara ke pusingan akhir. Sama-samalah kita berdoa semoga piala yang telah disimpan oleh Fakulti Kejuruteraan Elektrik selama ini akan berpindah ke Fakulti Kejuruteraan Kimia pula.

Kepada semua pensyarah dan para pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia, datanglah beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada pendebat-pendebat kita.

#Updated Info

Tahniah kepada pasukan debat bahasa melayu DCE kerana menjadi naib johan Pertandingan Debat Kategori Bahasa Melayu. Sungguhpun hanya mampu menjadi naib juara, namun pencapaian ini tetap boleh dibanggakan atas penyertaan pertama DCE di dalam arena perdebatan. Siapa kata pelajar kejuruteraan tidak boleh berdebat? Cuma diharap biarlah berdebat atas isu yang betul-betul relevan dengan topik :)